Pusat Internet 1 Malaysia Felda Ulu Jempol telah dibuka secara rasmi pada 04 Jun 2015. Pusat Internet ini diwujudkan di bawah fasa Clawback 2013. Lokasi pusat internet ini berada bersebelahan dengan Tabika KEMAS dan Sekolah Agama Rakyat Felda Ulu Jempol dan lokasi yang strategic ini menyebabkan pusat ini menjadi tumpuan penduduk bagi mendapatkan perkhidmatan yang ditawarkan.
Pusat Internet 1 Malaysia Felda Ulu Jempol menyediakan perkhidmatan berkaitan dunia siber. Pada dasarnya, Pi1M Felda Ulu Jempol berfungsi sebagai pusat latihan bagi ilmu computer kepada penduduk Felda Ulu Jempol khasnya. Selain itu, perkhidmatan fotostat, scanning, printing dan lain-lain.
Latihan di pusat internet terbuka kepada semua ahli yang berdaftar dengan Pi1M Felda Ulu Jempol ini. Di antara latihan yang disediakan ialah latihan menaip, penulisan surat, penggunaan aplikasi Microsoft Office, pengubahsuaian gambar, slot keusahawanan dan lain-lain mengikut kemajuan internet.
Pusat Internet 1 Malaysia Felda Ulu Jempol ditadbir oleh 2 orang staf yang turut menjadi tenaga pengajar di pusat ini. Perancangan untuk melakukan program yang bermanfaat kepada penduduk Felda Ulu Jempol juga menjadi keutamaan kepada Pusat Internet 1 Malaysia ini.
Pada 03 Oktober 2015, Hari Terbuka Pusat Internet 1 Malaysia Felda Ulu Jempol telah diadakan bagi memperkenalkan fungsi dan perkhidmatan yang ditawarkan di pusat ini. Program ini turut dihadiri oleh Exco Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, Dato’ Shahaniza Shamsuddin.

