Hari Sukan Sekolah Kebangsaan Ulu Jempol telah diadakan pada 15.10.2015. Pusat Internet Felda Ulu Jempol telah mengadakan promosi Pusat Internet pada Hari Sukan Sekolah Kebangsaan Ulu Jempol. Sebuah booth kecil telah disediakan oleh pihak sekolah kepada PEDi Felda Ulu Jempol. Selain itu, petugas PEDi juga telah turut sama membantu sebagai sukarelawan pada Hari Sukan tersebut. Produk-produk dari PEDi Felda Ulu Jempol juga telah ditunjukkan pada orang ramai pada hari tersebut.
Booth PEDi sentiasa menjadi tumpuan penduduk
Antara aktiviti pada hari Sukan SKUJ