mcmc
Maklumat Setempat

Penyerahan Netbook Kepada JKKK Felda Ulu Jempol

Tarikh: 17 Mei 2016

Tempat: Dewan JKKK Felda Ulu Jempol

Pada 17 Mei 2016, Pusat Internet 1 Malaysia Felda Ulu Jempol telah dijemput menghadiri mesyuarat JKKK Kampung Felda Ulu Jempol bagi membincangkan permasalahan dan isu semasa yang berlaku di sekitar kampung. Serentak dengan itu, Pusat Internet 1 Malaysia Felda Ulu Jempol telah menyumbangkan 20 buah netbook kepada ahli jawatankuasa JKK bagi kegunaan pihak JKKK. Pada majlis itu juga, sedikit program Klik Dengan Bijak (KDB) telah dilakukan oleh petugas Pusat Internet 1 Malaysia Felda Ulu Jempol bagi meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan ilmu teknologi maklumat masa kini.

 

Layari Laman Sosial Rasmi: Pusat Internet 1 Malaysia Felda Ulu Jempul