VISI
‘Menjadikan NADI sebagai “One Stop Digital Centre” yang dapat dilestarikan ke arah membina kewibawaan sosio-ekonomi setempat’
MISI
Mencapai VISI NADI dengan menjadi AGEN TRANFORMASI melalui :
1. Program latihan dan pembangunan terancang untuk membina keupayaan, kemahiran, ilmu dan kebolehan petugas dan komuniti.
2. Penggunaan teknologi bersesuaian yang dapat menggunakan aplikasi terkini yang boleh dimanfaatkan oleh komuniti.
3. Penambahbaikan proses kerja secara berterusan supaya sistem pengurusan akan lebih mantap.
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Ulu Jempol, Bandar Jengka, Pahang mengucapkan Selamat Datang kepada anda yang sudi melawat laman portal kami. NADI ini merupakan program usahasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan TM Bhd yang bertujuan untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti setempat. Bagi menjayakan program ini, NADI Felda Ulu Jempol telah dibuka pada bulan Jun 2015 untuk kegunaan orang ramai.
Segala aktiviti dan program yang berlaku di Felda Ulu Jempol akan dipaparkan di portal ini seperti program JPKK, Felda, Belia, Wanita dan sebagainya. Selain itu, NADI Felda Ulu Jempol ini juga bertindak sebagai pusat pembelajaran komputer bagi warga penduduk. NADI ini juga menawarkan perkhidmatan fotostat, print, scan, laminate dan lain-lain pada harga yang berpatutan.
Bagi menjayakan objektif NADI Felda Ulu Jempol, dua orang staff telah ditugaskan untuk menguruskan dan juga akan bertindak sebagai tenaga pengajar di Pusat Internet ini.
Pengurus : Nur Amira Binti Rusli ( 010-5399313 )
Penolong Pengurus : Muhammad Hizatul Hisham Bin Zaini ( 014-5131258)
Fotostat Scanner
Di antara perkhidmatan yang ditawarkan di NADI Felda Ulu Jempol
Waktu Operasi
Isnin – Ahad
9.00 pagi – 6 Petang
*tertakluk kepada cuti umum