mcmc
Makanan

Makanan

Penduduk atau peneroka Felda Ulu Jempol kebanyakannya berasal daripada pelbagai negeri di Malaysia seperti Kelantan, Kedah, Terengganu dan lain-lain. Ini menyebabkan makanan tempatan atau makanan istimewa di Felda ini mempunyai banyak pengaruh daripada negeri lain. Walaubagaimanapun, makanan tradisi negeri Pahang tetap menjadi makanan utama di sini. 

Makanan yang sering dijumpai di Felda ini adalah seperti Tempoyak Ikan Patin. Makanan yang lazat ini sering menjadi pilihan surirumah untuk dihidangkan pada keluarga masing-masing di waktu tengah hari. Ikan patin ini mudah didapati di pasar-pasar sekitar felda dan daerah ini. Selain ikan patin, pelbagai makanan berasaskan tempoyak juga sering didapati di sini. 

 

 

                                            Tempoyak Ikan Patin yang menyelerakan