mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN QUARTER 2 2018 – USAHAWAN 2

 

Nama : NORFADZILAH BINTI MOHD NOR

Umur  : 22 Tahun

Ahli     : 2016

 

Latar Belakang

 

Cik Norfadzilah merupakan peniaga makanan secara kecil-kecilan di rumah dengan menjual di sekitar rumah dan juga rakan-rakan.  

 

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

 

Pendapatan beliau sebelum mempelajari promosi secara mendalam, pendapatan beliau hanya sekitar RM500-700 sebulan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

Melalui kelas latihan keusahawanan dan promosi yang dibimbing oleh PEDI Felda Ulu Jempol, beliau kini telah memiliki halaman Facebook sendiri yang dapat mempromosikan perniagaan dan produk beliau. Pelanggan beliau dari seluruh Negara sehingga ke BRUNEI Darussalam yang mana mereka mengetahui produk jualau beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM2000 – RM3000.

 

Galeri Photo