mcmc
Maklumat Am

[MAKLUMAN MLBB – NADI FELDA HULU JEMPOL]

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua 🌟

Untuk makluman, team MLBB 6LF yang mewakili NADI FELDA Hulu Jempol telah bertanding dalam MLBB Musim Kedua pada hari ini. Walaupun perjuangan mereka terhenti, kami sangat bangga dengan semangat dan usaha yang ditunjukkan oleh anak-anak muda kita ni 💪🔥

Tahniah & terima kasih team 6LF atas wakilkan komuniti kita! Walaupun kalah, pengalaman ini sangat bermakna sebagai permulaan untuk jadi lebih hebat pada musim akan datang.

🎯 Menuju Musim Seterusnya! Kami ingin menyeru kepada lebih ramai anak muda FELDA Hulu Jempol yang berbakat dan minat dalam e-sukan (MLBB khususnya) untuk tampil ke hadapan dalam saringan wakil NADI akan datang.

Penyertaan sebelum ni agak kurang, jadi kami sangat harap musim seterusnya akan ada lebih ramai yang join – supaya kita dapat pilih team yang betul-betul padu & berkualiti!

💡 Anak tuan/puan berbakat main MLBB? Jangan simpan diam-diam! Bagi peluang mereka cuba saringan nanti, inilah ruang untuk mereka bersinar dan mewakili komuniti FELDA kita di peringkat lebih tinggi 💫

Sekian, terima kasih atas sokongan semua.
Terus sokong e-sukan anjuran NADI lagi nanti ya 🙌