Hari Asyura merupakan salah satu hari yang diraikan oleh umat Islam. Asyura berasal daripada perkataan Arab asyara yang bermaksud sepuluh. Ini disebabkan hari Asyura adalah hari yang kesepuluh di dalam kalendar Islam iaitu pada 10 Muharram.
Mengikut masyarakat Islam, hari Asyura telah menyaksikan banyak sejarah besar dan keajaiban berlaku ke atas para nabi. Disebabkan itu, masyarakat Islam menghormati hari tersebut seperti juga yang diamalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w.
Justeru, pada 16/10/2016 penduduk sekitar Felda Hulu Jempol telah bertungkus lumus melaksanakan sambutan tersebut. Kira-kira 100 orang sukarelawan telah menyertai dan menjayakannya. Aktiviti sepanjang program tersebut bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 1.00 petang dengan jayanya hasil kerjasama penduduk sekitar.
