mcmc
Maklumat Setempat

Menghayati Erti Kemerdekaan Kini

images

Secara total kemerdekaan boleh dimaksudkan sesebuah negara adalah kuasa yang dimiliki rakyat negara tersebut. Biasanya, sesebuah negara runtuh bukan disebabkan orang luar tetapi bangsa dalam negara sendiri.

Dari konteks bahasa pula, merdeka bermaksud berubah-ubah. Dulu, merdeka merujuk kepada merdekanya seorang hamba tetapi, sejak adanya penjajahan, erti kemerdekaan telah berkembang menjadi besar baik dari segi makna mahupun tindakan.

Generasi muda haruslah berusaha gigih dalam mempertahankan kemerdekaan negara kita dari terus dibelenggu fitnah serta hasutan daripada pelbagai sudut terutama sekali melalui media sosial. Jika dulu, untuk menakluki sesebuah negara itu, tentera asing perlu datang secara fizikal dalam mengawal pentadbiran negara kita tetapi kini, tidak lagi.

Dengan hanya menyebarkan fitnah, maka dengan mudah sesebuah negara itu akan runtuh dan merosakkan minda rakyat sendiri. Lihat sahaja contoh di negara-negara Timur Tengah. Segalanya bermula dengan fitnah melalui media sosial yang mudah disebarkan.

Jadi nilailah dahulu. Fikir. Yang mana baik kongsikan dan manfaatkan. Yang tidak kita jadikan tauladan.

 

Di wajah suci anak-anak ini kulihat sinar

Di hati murni mereka terpahat sebuah impian

Andai sengketa membelenggu sesama

Andai kerakusan menguasai kita
Ke manakah tumpah harapan mereka

Kerana,
Di bahu kitalah terpikul segunung amanah
Di jemala kita terjunjung selaut ikrar
Melunas sumpah, menunai janji

Ayuhlah, 
Rakan dan taulan, sahabat dan saingan
Lupakan beza lebuhkan menerima
Bertatihlah bersamaku
Kita berjalan seiringan, kita melangkah ke sehaluan
1 suara, 1 impian, 1 harapan, 1 Malaysia

Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak

Mutiara kata Tokoh